Ciri Kilat bebola

Penggambaran kilat bebola berbeza-beza. Ia telah digambarkan sebagai bergerak ke atas dan bawah, ke samping ataupun mengikut trajektori tak terduga, mengapung dan bergerak dengan atau menentang angin; tertarik, [3] tidak terpengaruh oleh, ataupun tertolak daripada bangunan, orang, kereta dan objek lain. Beberapa kisah menggambarkannya sebagai bergerak melalui jisim pejal kayu atau logam tanpa kesan, sementara yang lain memerikannya sebagai memusnah dan melakur atau membakar bahan tersebut. Penampilannya juga telah dikaitkan dengan kabel elektrik[4] dan juga ketika badai dan juga cuaca tenang. Kilat bebola telah digambarkan sebagai lut sinar, lut cahaya, warna-warni, menyala rata, memancarkan api, filamen atau percikan api, dengan bentuk-bentuk yang pelbagai antara bola, bujur, titisan air mata, batang atau cakera.

Bebola ini telah dilaporkan memencar dengan berbagai cara, seperti tiba-tiba menghilang, menghilang secara berperingkat, diserap ke dalam objek, "meletus", meletup kuat, atau bahkan meletup dengan kuasa, yang kadang-kadang dilaporkan sebagai merosakkan. Kisah juga berbeza akan bahayanya bagi manusia, daripada membawa maut kepada tidak merbahaya.